Wednesday, January 12, 2011

SuraTan AtaU KeBeTul@n BAb 2

BAB 2

            Hari ini merupakan hari yang dinantikannya selama 4 tahun. Sudah lama dia tidak berjumpa keluarganya. Akhirnya penat lelah berlajar di negara orang berhasil, aku sudah berjaya membawa pulang segulung ijazah. Perjalanan yang jauh itu tidak mematahkan semangat Suri Eliana Mia untuk berjumpa keluarganya.

            Penampilannya yang simple dan bersahaja tidak menghalang ramai jejaka terpikat dengannya. Dengan kulit muka yang putih serta dikurniakan lesung pipit menjadikan senyumannya igauan setiap jejaka. Termasuklah Farish Rizal, sudah lama Farish Rizal mengejar cintanya tapi tidak di layan oleh Mia. bagi Mia matlamatnya adalah satu iaitu belajar.

            Lebih kurang satu jam lagi Mia akan sampai ke lapangan terbang KLIA. Di sebelahnya Farahiya yang terlentok tidur dari tadi. Walaupun penat, Mia tidak mengantuk kerana perasaan tidak sabar berjumpa keluarganya berkobar-kobar.
           
“Farah..Farah..bangunlah mak cik oiiii….kita dah nk sampai ini…”Mia mengejutkan Farahiya.

“Kita dah sampai ke?”Tanya Farahiya yang masih mamai. Mia hanya mampu ketawa melihat telatah kawannya yang agak clumsy. “itu lah kau, asyik membuta je…aku kat sebaelah nie kau buat tak tahu je. Dari awal punggung kau jejak je atas seat tu sampai sekarang hanya satu je kerja kau…just tido..”balas Mia..

Ala mia…aku penatlah, semalam berkemas, kau bukan tak tahu barang aku tu banyak nak mampus..tak termasuk lagi dengan bilik yang macam tokang pecah..hehehe…” ujar Farahiya sambil tersenyum.

Akhirnya mereka sampai ke KLIA, Mia dan Farahiya berpeluk sebagai ucapan selamat tinggal. Duduk sebilik selama 4 tahun menjadikan mereka berdua kawan baik. Banyak suka duka yang di kongsi bersama. Bagi Mia, kawan sebaik Farahiya amat sukar di cari.
“Farah, nanti kau jangan pulak tak dating rumah aku. Kalau boleh aku nak kau selalu tidur dekat rumah aku..oraiteee”.ujar Mia

“Okeylah mak datin, confirm aku pergi rumah kau. Tapi kalau boleh  time aku datang  ke rumah kau aku nak  ada paluan kompang, red carpet and bunga mangga..”..gurau Farahiya. Kerana geramkan farahiya lantas tangan Farahiya dicubitnya.

“woiiiii…sakitlah mak cik”ngadu Farahiya sambil mengosok tangannya menandakan tangannya amat sakit di cubit olehku.
“Itu la kau..loyar buruk lagi dengan aku..okeylah..aku chow dulu..apa-apa hal kau call aku ea..daaaaa..” ujar Mia sambil mengosok tangan Farahiya, kesian pulak Mia tengok tangan Farahiya yang merah kerana dicubit. Mereka bersalam meminta diri untuk berjumpa keluarga masing-masing yang sedang menunggu.


            Dari jauh Mia telah nampak muka-muka yang amat dirinduinya. Dengan langkah kaki laju Mia mengatur langkah untuk sampai cepat dan segera memeluk keluarganya. Perasaan untuk berjumpa keluarganya tidak boleh diucapkan dengan kata-kata. Berjauhan selama 4 tahun nun jauh di bumi orang lain menjadikan Mia seorang yang amat sabar dan tekun.

            “Ingat..abah tak mahu sesiapa pun yang membuka mulut pasal tu..nanti abah sendiri yang yang akan beritahu Mia. Buat masa ni anggap saja tiada apa-apa yang berlaku.” Tekan Iskandar kepada isteri , anak dan menantunya.

            Dihadapan meraka sekarang tercegat Mia sambil menitiskan airmata. Mereka berdakap mesra dan bersalam salaman sambil menangis. Kerinduan selama 4 tahun akhirnya terlerai juga dengan kepulangan Mia.

Lama mereka berpelukan akhirnya Mia bersuara. “ibu kenapa nangis..Mia kan dah balik..sepatutnya ibu  tak boleh nangis..tengok Mia ni tak nangis pun”ujar Mia walaupun hakikatnya pipinya dilimpahi dengan air mata. Lantas Mia mengusap air mata yang mengalir di pipi ibunya.
           
            Mia bergerak pula menuju kakak dan abang iparnya. Matanya tepat melihat perut kakaknya yang buncit itu. “akak dah berapa bulan?. Mia mintak maaf Mia tak dapat pulang time wedding akak aritu”esak Mia. “6 bulan mia. nanti Mia dah boleh jadi mak cik. Takpelah Mia, akak faham. Hati akak dah senang Mia ada depan mata akak sekarang”balas Sari Haina Lia.

            “Sudah-sudahlah tu, jom kita pulang. Dekat rumah nanti kita sambung cerita. Cerita kat sini bukannya best, tengok semua orang pandang kita.ingat kita ini buat dramalah tu..”ujar abah sambil tersenyum. Aku turut memerhati sekeliling, sememangnya ramai yang melihat kami. Ada yang tersenyum dan ada yang membuat muka tidak senang hati. Dalam aku memerhati, tiba tiba mataku bertembung dengan mata seorang jejaka yang berada tidak jauh dari situ. Orangnya kacak persis seorang model, aku kurang senang dengan pandangannya. Cara dia memandang aku seperti aku ini mempunyai masalah dan seorang musuh kepadanya.

            “Mia.. jom sayang kita pulang”aku memandang ibu. Sambil memimpin tangan ibu aku berjalan menuju keluar tetapi aku pusing kembali untuk melihat jejaka tadi. Tetapi jejaka itu sudah tiada di tempat dia berdiri tadi. Abaikan, bukan aku kenal dia. Desis hatinya.
_______________________________________________________________________
“Darling yang tengok apa tu, I dah tercegat kat sini pun U buat tak nampak je”tersentak Danish Haikal dengan pertanyaan Hana. Tadi dia ternampak Uncle Is sekeluarga. Niat ingin menegur Uncle Is terbantut begitu saja apabila ternampak kelibat seorang gadis yang amat cantik dan yang paling menarik perhatiannya adalah senyuman gadis itu. Adakah gadis itu Suri Eliana Mia, gadis yang harus dia nikahi. Tapi terus akalnya menindakkan sesuatu. Aku tak kisah dia cantik atau tak, yang pasti aku mesti lakukan sesuatu agar aku tidak berkahwin dengannya dan dalam masa yang sama aku dapat miliki Menara Holding.

“sorry sayang..I bukan tak nampak U, tapi I terpegun tengok U. U semakin cantik sekarang..I miss U darling..3 hari tak jumpa U buat I terseksa.”Hana tersenyum mendengar kata-kat Danish. Sebenarnya Danish hanya ingin menutup kesilapannya yang tidak sedar akan kehadiran Hana.

Tangan Hana dipimpin kemas sambil berjalan keluar. Sekali lagi Danish menoleh ke belakang dan melihat Suri Eliana Mia sedang bercakap dengan Auntie Fauziah. Danish merencanakan sesuatu di dalam kepalanya, dia akan membuat sesuatu agar dia akan dapat memiliki Hana serta Menara Holding. Aku tidak akan lepaskan kedua-duanya, bibirnya mengukir senyuman yang membawa maksud tersirat dimana hanya dirinya sahaja yang mengetahuinya.

SuraTan AtaU KeBeTul@n

BAB 1


            Danish Haikal terkaku setelah mendengar bait-bait wasiat yang telah dibacakan oleh penguam datuknya. Semua yang ada disitu juga terkejut setelah mendengar wasiat yang telah dibaca oleh peguam Johari. Tidak di sangka arwah datuk yang baru meninggal 2 miggu lepas akan meninggalkan mereka dengan wasiat yang tidak boleh diterima oleh semua keluarga Datuk Daniel.

            “Who Suri Eliana Mia????....danish tak pernah pun dengar nama tu uncle…macam mana Danish nak tinggal dan kahwin dengan perempuan yang langsung Danish tak kenal..papa help me. I cannot belive it!!.,”akhirnya Danish Haikal bersuara setelah suasana senyap sepi...“Suri Eliana Mia tu anak pak cik Iskandar Danish, tak silap papa sekarang nie dia study kat luar Negara dan papa dengar dia akan pulang minggu ini”.Datuk Daniel menjawab pertanyaan Danish Haikal bagi pihak En.Johari.

            “Papa, mama tak kan Danish nak kahwin dengan orang yang Danish tak kenal??..lagipun Danish cintakan  Hana. Apa Danish nak cakap dengan Hana”….Terbayang akan Hana yang cantik dan seksi itu. Bagi Danish Haikal dia yakin bahawa Hana amat sesuai menjadi isterinya. Ini kerana mereka sudah bercinta selama setahun setenggah. Di sangat mencintai Hana, walaupun Hana mempunyai peragai yang agak social.

            “Danish sayang, janganlah macam nie..Ikut saja wasiat datuk kamu tu..tak kan kamu nak biarkan syarikat Menara Holding tu jatuh ke tangan orang lain..mama harap Danish fikirlah semasak masaknya..jangan buat tindakan terburu-buru..”

            “Tapi ma..tak kan along nk lepaskan Hana.!!!”..sampuk Dania Lisa..Dania tidak mahu abangnya Danish berkahwin dengan orang lain. Dia sudah lama membayangkan perkahwinan abangnya dengan Hana. Baginya Hana seorang saja yang layak menjadi kakak iparnya.
           
            En.Johari hanya mampu melihat dan mendengar percakapan keluarga Datuk Daniel. Dia juga tidak menyangka bahawa Tuan Daud datang berjumpanya untuk menukar wasiat. Tapi dia terpaksa juga melaksanakan pertukaran wasiat itu kerana ia adalah  tnggungjawabnya sebagai seorang peguam.

            “Sebenarnya atuk berhutang apa dengan uncle Is??...tak kan kita tak boleh bayar balik semua itu papa”..tambah Danish lagi..

            “Betul tu papa..Dania sokong, kalau setakat 2 or 3 juta..kita semua boleh bayar la papa..tak perlulah along kahwin dengan Suri Eliana Mia..”Dania lisa pula menambah..

“Sebenarnya atuk bukan berhutang duit…atuk kamu tu pernah terhutang nyawa dengan keluarga Iskandar..Ayah Uncle Is dan datuk kamu kawan baik..ayah Uncle Is pernah bergadai nyawa menyelamatkan datuk kamu..”…Datuk Daniel teringat bagaimana pak cik Ismail sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada ayahnya  tanpa mempendulikan kesihatannya sendiri. Mungkin kerana itu ayahnya sanggup membuat wasiat begitu.

“Datuk saya harap Datuk akan membuat keputusan yang tepat. Sebagai peguam saya hanya melaksanakan tanggungjawab saya sahaja. Tempoh yang telah ditetapkan oleh arwah hanya 2 bulan saja. Kalau dalam jangka masa itu Danish tidak berkahwin dengan Suri Eliana Mia, maka dengan serta merta syarikat Menara Holding Sdn.bhd akan menjadi hak milik Suri Eliana Mia seorang saja..”..Tekan En.Johari.

“Baiklah En.Johari..I akan handle semua ni..Lagi 2 minggu kita jumpa untuk berbicang..dan I akan jemput Iskandar sekeluarga untuk discuss semua ini.”..balas Datuk Daniel..

“kalau macam tu saya mintak diri dulu..terima kasih kerana sudi mendengar bacaaan wasiat ini..”..tambah En.Johari.

Danish Haikal hanya mampu mendengar sahaja perbualan papa dan En.Johari.Danish hanya mampu memegang kepala yang tiba-tiba berdenyut dengan kuat. Amat berat baginya ingin memikul semua ini.



Datuk Daniel hanya mampu melihat anaknya yang nampak murung dari tadi. Baginya Danish Haikal terpaksa melakukan pergorbanan yang amat besar untuk mendapatkan hak ke atas syarikat Menara Holding.

            “Danish..papa harap Danish ikut je wasiat atuk tu”. Datuk Daniel memulakan bicara.
           
            Tapi Pa…….”Danish tidak dapat meneruskan apa yang ingin diperkatakan. Apa yang perlu aku buat, tak kan aku nak serahkan syarikat yang aku bangunkan kepada orang lain.Itukan hak keluarga aku, aku tak kan serahkan sewenangnya kepada orang lain. Semua itu hanya mampu terucap di dalam hati tapi tidak boleh di ucapkan dengan kata-kata.

            “Esok papa dan mama kamu akan ke rumah uncle Is untuk memberitahu semua ini” tambah Datin zaidah.

            “mama..papa…Dania rasa buat masa ni biarkan along tenangkan dulu fikiran..dania kesian tengok along.” Sampuk Dania Lisa yang dari tadi yang memerhati abangnya..

            Danish Haikal  melangkah meniti tangga menuju ke biliknya tanpa bercakap. Baginya semua impian dan angan-angan bersama Hana akan musnah. Semua ini kerana Suri Eliana Mia. Perempuan jagalah engkau, aku akan musnahkan engkau. Kerana engkau aku yang menerima akibat ini. Hati Danish Haikal hanya penuh dengan dendam dan benci terhadap Suri Eliana Mia.